2025年全国机器人大赛甲洞三小荣获银牌和铜牌

Pejabat Pendidikan Daerah Sentul merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada SJK(C) Kepong 3 atas kejayaan cemerlang meraih Pingat Perak dan Gangsa dalam Pertandingan Robotik Kebangsaan 2025, peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Kategori Robomission Rookie – Sekolah Rendah).

Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih para murid, bimbingan guru, serta sokongan padu pihak sekolah dan ibu bapa. Sesungguhnya pencapaian ini membuktikan bahawa warga PPD Sentul mampu bersaing di peringkat kebangsaan dalam bidang teknologi dan inovasi.

Semoga kejayaan ini menjadi pencetus semangat kepada semua sekolah di daerah Sentul untuk terus berinovasi, melahirkan murid berdaya saing global serta mengharumkan nama daerah, negeri dan negara.

Ikhlas daripada,

Haji Azman bin Ab Kadir, AMW
Pegawai Pendidikan Daerah Dan Seluruh Warga Kerja
Pejabat Pendidikan Daerah Sentul
Kuala Lumpur