Panduan untuk ibu bapa / penjaga

  1. Memahami isi kandungan garis panduan murid dan memberi tunjuk ajar anak-anak agar mengikuti dan mematuhi peraturan sekolah.
  2. Mengenal pasti kelas dan nama guru kelas anak untuk tujuan membuat pertanyaan.
  3. Prihatin terhadap waktu persekolahan anak dan menjemput anak mengikut waktu pelepasan sekolah yang ditetapkan oleh pihak sekolah .Jika anak belum atau tidak pulang seperti waktu biasa, ibu bapa hendaklah membuat pertanyaan melalui telefon atau datang ke sekolah.
  4. Sila menyemak dan membimbing anak membuat kerja rumah setiap hari.
  5. Mengatur aktiviti harian anak dengan sistematik , memberi galakan kepada anak agar banyak membaca demi menambah pengetahuan , di samping dapat menjauhkan diri daripada asyik menonton televisyen.
  6. Sila hubungi pihak sekolah dengan secepat mungkin jika anak sakit atau ada hal yang penting menyebabkannya tidak dapat hadir ke sekolah atau mengambil bahagian dalam aktiviti ko kurikulum sekolah.
  7. Sila hubungi pihak sekolah jika ada perubahan alamat , nombor telefon atau nama penjaga untuk memudahkan pihak sekolah membuat perhubungan.
  8. Bekerjasama dengan pihak sekolah demi membantu anak mengatasi masalah yang dialaminya.
  9. Ibu bapa hendaklah berpakaian kemas semasa masuk kawasan sekolah.
  10. Jika hendak bertemu dengan guru kelas atau guru mata pelajaran, ibu bapa atau penjaga dikehendaki mendapat keizinan Guru Besar atau Guru Penolong Kanan terlebih dahulu.
  11. Jika anak mengidap penyakit , ibu bapa hendaklah melaporkan kepada guru darjah dan menyertakan salinan laporan doktor.
  12. Sekiranya anak hendak balik awal , ibu bapa mesti mendapat kebenaran Guru Besar atau Guru Penolong Kanan dan berdaftar di pejabat pentadbiran sebelum meninggalkan kawasan sekolah.
  13. Sila mematuhi peraturan-peraturan sekolah yang telah ditetapkan demi keselamatan murid sekolah.

KESELAMATAN MURID TANGGUNGJAWAB KITA