Kelas Tambahan Dan Kelas Bakat untuk murid Tahun 4-6 (2016)
2015-11-02 12:00
Mengikut persetujuan dari usul yang dibangkitkan pada Mesyuarat Agong PIBG, maka kelas tambahan dan kelas bakat diadakan bagi murid Tahun 4,5 dan 6 sebagai persediaan awal untuk menghadapi Peperiksaan UPSR supaya guru dan murid dapat menyesuaikan diri dengan penataran pentaksiran baru. Disamping itu dapat meningkatkan prestasi murid.
- Mulai tahun 2016,kelas tambahan untuk Bahasa Malaysia akan diubahsuaikan mengikut kemajuan murid, dengan itu, guru dapat memberi lebih perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran mereka
- Murid Tahun 3 2015 sila mengambil perhatian supaya persediaan awal dapat dirancangkan serta menggalakkan ibu bapa terus membenarkan anak menyertai kelas tambahan sekolah.
- Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih serta menghargai segala sokongan ibu bapa selama ini untuk menjayakan kelas tambahan.
- Kelas tambahan yang diadakan adalah khas untuk pembelajaran murid-murid, manakala kelas bakat adalah untuk memberi perkembangan seimbang murid-murid dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani.
- Pihak sekolah berharap ibu bapa dapat bekerjasama agar pelaksanaan kelas tambahan dan kelas bakat dijalankan dengan lancar.
* 9-11-2015 (Isnin) Cuti Ganti Deepavali
* 10-11-2015 (Selasa) Cuti Awam Deepavali
Sekian, terima kasih.
甲洞三校家协主席
辛秉展先生谨启
- 1082 reads