PANDUAN  MASUK  KE  KAWASAN  SEKOLAH

  1. Waktu persekolahan pagi, murid-murid masuk ke sekolah sendiri.Waktu lepas sekolah, ibu bapa sila menunggu murid-murid di pintu 1 atau pintu 3.
  2. Waktu rehat, ibu bapa tidak digalakkan berada di sekitar kawasan sekolah. Ibu bapa yang ingin menghantar bekalan untuk anak , sila serahkan bekalan kepada anak di pintu 3.Setelah menyerahkan bekalan kepada anak, ibu bapa tidak digalakkan berada di sekitar kawasan sekolah.
  3. Ibu bapa yang ingin berjumpa dengan guru selepas pukul 8.00 pagi sila ambil perhatian perkara yang berikut :-
    1. Sila mendaftar di Pondok Pengawal serta mengambil pas masuk dan Borang Masuk Sekolah.
    2. Gantung pas masuk.
    3. Mendapatkan kebenaran Guru Besar / Penolong Kanan terlebih dahulu, sila menunggu di luar pejabat sebelum berjumpa dengan guru berkenaan.
    4. Ibu bapa dilarang menunggu di kawasan sekolah pada sebarang masa.
    5. Ibu bapa hendaklah berpakaian kemas semasa masuk kawasan sekolah.
    6. Sebelum meninggalkan kawasan sekolah, memastikan Borang Masuk Sekolah ditandatangani oleh kerani/guru / GPK / Guru Besar serta cop sekolah terlebih dahulu. Kedua-dua Pas Pelawat dan Borang Masuk Sekolah hendaklah diserahkan kepada pengawal keselamatan sebelum tinggalkan sekolah. Sesiapa yang menghilangkan Pas Pelawat , dendanya ialah membayar RM10, sebagai ganti rugi.
    7. Dikehendaki meletakkan kereta di tempat letak kereta di luar kawasan sekolah.
  4. Ibu bapa yang ingin membawa anak keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan, harus mendapatkan Surat Kebenaran berwarna merah yang disahkan oleh pihak sekolah.sebelum tinggalkan sekolah.(Surat Kebenaran hendaklah diserahkan kepada pengawal keselamatan).

 

Pihak sekolah meminta kerjasama yang sepenuhnya daripada semua ibu bapa semoga pelaksanaan peraturan ini dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.Sekian , terima kasih .

 

Guru Besar SJKC Kepong 3
Chai Boey Kiat